JPA Mara Scholarship 2021

PENGENALAN
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2021.

Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2021 merupakan penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2020 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. Program ini terdiri daripada tujuh sub

program JPA Mara Scholarship 2021 seperti berikut:
(i) Program Akademik Jepun;
(ii) Program Berkembar New Zealand;
(iii) Program Akademik New Zealand;
(iv) Program Akademik Australia;
(v) Program Akademik United Kingdom;
2
(vi) Program Akademik Amerika Syarikat;
(vii) Program Khas JPA-MARA Dalam Negara.

2. STRUKTUR PENGAJIAN
2.1 Program Akademik Jepun Program Akademik Jepun merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ), Universiti Malaya bagi bidang Kejuruteraan dan Sains & Teknologi; dan di Pusat Bahasa Teikyo (PBT) bagi bidang Sains Sosial.

2.2 Program Berkembar New Zealand
Program Berkembar New Zealand merupakan program kolaboratif antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan konsortium universiti di New Zealand yang melibatkan University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Tempoh pengajian adalah selama dua tahun di KYSBS dan dua tahun di New Zealand dalam bidang Sains Sosial.

3
2.3 Program Akademik New Zealand
Program Akademik New Zealand merupakan program penajaan ke New Zealand khusus dalam bidang Sains Sosial. Pelajar akan
ditindik bagi mengikuti program persediaan di INTEC Education College selama setahun sebelum melanjutkan pengajian
peringkat Ijazah Pertama di mana-mana lapan universiti di New Zealand.

2.4 Program Akademik United Kingdom
Program Akademik United Kingdom merupakan program penajaan ke United Kingdom dalam bidang Kejuruteraan, Sains &
Teknologi (S&T) dan Sains Sosial. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan terpilih sebelum melanjutkan
pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di United Kingdom berdasarkan senarai Quacquarelli Symonds
(QS) dan / atau Times Higher Education (THE) World University Rankings dan / atau Academic Ranking of World Universities
(ARWU). Pelajar akan mengikuti program persediaan di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
bagi bidang Kejuruteraan; Kolej Teknologi Timur (KTT) dan INTEC Education College bagi bidang Sains & Teknologi; serta di
Kolej MARA Banting (KMB) bagi bidang Sains Sosial.

2.5 Program Akademik Amerika Syarikat
Program Akademik Amerika Syarikat merupakan program penajaan ke Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Ekonomi serta Sains Komputer (terhad kepada Artificial Intelligence, Robotic, Big Data dan Internet of Things (IoT)). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan di INTEC Education College selama 24 bulan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di Amerika Syarikat berdasarkan QS dan / atau THE World University Rankings dan / atau Academic Ranking of World Universities (ARWU).

2.6 Program Akademik Australia
Program Akademik Australia merupakan program penajaan ke Australia dalam bidang Perakaunan, Ekonomi, Kewangan atau Sains Aktuari. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan selama 12 bulan di INTEC Education College sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di mana-mana universiti dalam senarai The Group of Eight (Go8) (Australia’s leading research-intensive universities).

2.7 Program Khas JPA-MARA Dalam Negara
Program Khas JPA-MARA Dalam Negara merupakan program penajaan yang berfokus kepada niche area / bidang kepakaran di
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih. Penajaanadalah daripada peringkat Persediaan sehingga peringkat Ijazah
Pertama di IPTS dalam bidang yang telah ditetapkan. SubProgram adalah seperti di Lampiran A.

Permohonan online 

MyScholarshipBaze

I love surfing the web and providing great information for my readers. I am an Editor At Myscholarshipbaze.com

Recent Posts

Why she will leave you and marry someone else, True life story

Why she will leave you and marry someone else. true-life story Love can be up…

1 hour ago

Love between age of 16years to 24years doesn’t Last Long

Reasons Love between the age of 16years to 24years Don’t Last Long True Relationship means…

7 hours ago

Facts about Isoko ethnic group

Facts about Isoko ethnic group The Isokos are peculiar people that live in Delta State,…

11 hours ago

Facts about Ikwerre Ethnic Group

Facts about Ikwerre Ethnic Group In Rivers State, the Ikwerre is one of the Igbo…

16 hours ago

Facts about Ikom Ethnic Group

Facts about Ikom Ethnic Group Cross River state is located in Nigeria's South-South geopolitical enclave,…

18 hours ago

Facts about Igala ethnic group

Facts about Igala ethnic group Igala is a Nigerian ethnic group. The Igala people live…

23 hours ago